Perjuangan Global...Merentasi Sempadan

" Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ” (Al-Baqarah:168).

Friday, January 1, 2010

Azam Sempena Tahun Hijrah 1431H & 2010

Seremban 15 Muharram 1431 / 1-Jan-2010 : Saya berkesempatan menghadiri mesyuarat bersama AJK Kelab HPA Negeri Sembilan - Selatan (KENNS) di rumah PJS Rogayah.Pertemuan ini adalah untuk membincangkan penganjuran Program Bijak Cemerlang (PBC) yang InsyaAllah akan diadakan pada 23-24 Jan 2010 di Hotel D'Ark, Senawang.Di antara kata sepakat yang dipersetujui adalah untuk memastikan penganjuran PBC yang pertama bagi tahun ini yang terbaik dengan gabungan & kerjasama dari banyak pihak.InsyaAllah pada kali ini, slot penerangan Insentif Ta'awun 2010 akan dikongsi bersama semua ahli HPA di sekitar Seremban.Selain dari itu saya telah diperkenalkan kepada AJK KENNS, yang di antaranya saya kenal itu Pengerusi Kelab Ust Abdul Hadi Mohd Isa.InsyaAllah, azam saya untuk menggempur akan beroleh kejayaan dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Jawatankuasa Kelab HPA Negeri Sembilan-Selatan (KENNS)
-----------------------------------------------------------------

Pengerusi : Ust Abdul Hadi Mohd Isa
Naib Pengerusi : En Shafikk
Setiausaha : Puan Bahjah Ismail
Bendahari : Puan Kamariah Yaacob
Unit Latihan : Puan Rogayah / Puan Noraini
Unit Kebajikan : En Adnan Jallaluddin / Puan Laily
Unit Ekonomi : Puan Saadiah / Puan Fatimah

Program Seminar Perubatan JAWI yang dirancang bagi tahun 2010
--------------------------------------------------------------------
1. 30-Jan-2010 : Iridiologi
2. 27-Feb-2010 : Saraf Tapak Tangan (1)
3. 13-Mac-2010 : Kiropraktik
4. 24-Apr-2010 : Bekam (Hijamah)
5. 29-Mei-2010 : Saraf Tapak Tangan (2)
6. 26-Jun-2010 : Lidah

No comments:

Post a Comment