Perjuangan Global...Merentasi Sempadan

" Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ” (Al-Baqarah:168).

Wednesday, May 26, 2010

InsyaAllah sedikit masa lagi.......Ibu Pejabat HPA akan dirasmikan.

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), menamakan bangunan 12 tingkat bernilai RM54 juta yang dibeli di Seksyen 13 Shah Alam sebagai HPA International Center (HIC), sekali gus menjadi ibu pejabat syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di Malaysia.


Sehubungan itu, beberapa jabatan utama di ibu pejabat HPA di Jejawi, Perlis, akan berpindah secara berperingkat.Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, perasmian bangunan baru itu tidak akan diadakan pada 1 Jun ini sebaliknya pada satu tarikh yang bakal diumumkan kelak.

Menurutnya, Jabatan Pentadbiran HPA adalah yang pertama akan berpindah ke bangunan baru berkenaan.
“Kami tidak akan mengadakan majlis besar-besaran sebaliknya sekadar doa selamat dan kunjungan ahli untuk melihat bangunan yang dibeli hasil usaha mereka mengedarkan produk keluaran HPA,” katanya.

Mengikut perancangan, selain pelbagai jabatan utama di HPA, bangunan berkenaan turut menempatkan premis perniagaan seperti HPA Halal Mart dan restoran makanan segera milik syarikat berkenaan seperti Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), Radix Pizza House (RPH), Radix Bakery House (RBH) dan Radix Oriental Cuisine (ROC).

HPA adalah MLM yang mempunyai Panel Syariah sendiri dan kini mempunyai lebih 600,000 ahli di Malaysia manakala 250,000 di Indonesia selain mempunyai cawangan di Brunei, Thailand dan Kemboja.

Pada masa ini, HPA mengeluarkan lebih 300 produk makanan tambahan, ubatan herba dan kegunaan harian yang dijual di lebih 170 cawangan HPA di seluruh negara dengan nilai jualan mencecah RM18 juta sebulan.

Tuesday, May 25, 2010

HIC yang dinantikan

Merujuk entri terkini PU (http://jawiherbshop.blogspot.com) , InsyaAllah mercu tanda HPA, HIC (HPA International Central) akan dilancarkan dalam satu majlis yang sederhana.Hasrat PU adalah agar seramai 2,000 ahli HPA dapat datang ke majlis bacaan doa selamat tersebut dan dalam masa yang sama ahli-ahli yang hadir dapat menurunkan tandatangan sebagai akujanji taat setia kepada perjuangan HPA.Kepada semua pengedar-pengedar HPA di Negeri Sembilan , saya  berharap agar dapat hadir bagi meraikan majlis tersebut, tunggu pengumuman tarikhnya nanti!, InsyaAllah.

Monday, May 24, 2010

Si Kecil Cili Padi

Hujung minggu lepas, jadual harian saya ketat....pagi di Klang, menyertai satu majlis himpunan bersejarah penubuhan DHPP.Sejurus selesai majlis, bergegas ke TTDI untuk bersama dengan Pimpinan KPA dalam program Pra-PBC.Alhamdulillah, program berjalan lancar dengan kehadiran hampir 100 orang di Masjid Al-Ghufran di mana setahu saya satu-satunya masjid yang menyediakan kemudahan penginapan ala-hotel kepada para musafir.Saya dan famili adalah merupakan 'customer' yang akan menginap di sini jika ada urusan di Kuala Lumpur.Sebelah petang bergegas ke UKM menjemput anak yang telah mengikuti Klinik UPSR anjuran Berita Harian.InsyaAllah, didoakan beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSRnya pada tahun ini dan juga bakal menjadi 'Leader' HPA pada masa akan datang. 

Bergambar di hadapan Masjid UKM

Wednesday, May 19, 2010

Yang popular di London

Lepas kita lekat lambang HPA kat bas nie....!

Semangat yang tinggi dalam memperaga HPA di Eropah

 Sentiasa memperagakan baju berjenama HPA sepanjang berada di sana
 
 Bersama Pelajar Malaysia selepas solat Jumaat berhampiran Stadium Arsenal 
yang bertanyakan kedatangan ke London untuk memperkenalkan HPA ke?
InsyaAllah mereka juga bakal menjadi ahli HPA yang istiqomah dan memperjuangkannya.
 



Outlet RFC di Brighton, England

Siapa sangka Outlet "RFC" pun ada di Benua Eropah.Alhamdulillah pemilik 
RFC ini dipunyai oleh pengusaha orang Islam dari Negara Bangladesh.
Harga Burger Ayam tak mahal cuma 2.80 paun sterling.InsyaAllah, makan kenyang.

Produk HPA di Benua Eropah - Siapa sangka?

Promosi - Produk HPA dalam Tube ke Mill Hill East, London

InsyaAllah, Pak Awi dan keluarga bakal ahli Sahabat Network London

Kopi O & Kopi Pracampuran Radix dijual dengan harga 1.50 paun sterling di London City