Perjalanan pada kali ini berbaloi-baloi, selepas berkursus 2H/1M & tambahan cuti 1H untuk ronda Pulau Langkawi memberi satu kepuasan pada diri, isteri dan anak-anak.Terlanjur ke sana selepas pulang,sempat singgah sebentar ke restoran makanan segera "RFC" atau lebih dikenali sebagai Radix Fried Chicken yang memberi alternatif kepada orang Islam untuk menikmati ayam organik dari HPA yang HALAL LAGI BAIK.


Anak-anak tumpang gembira dapat menjamu di RFC Alor Setar
Selepas sehari bermalam di kampung, lewat tengahari balik ke Kuala Lumpur,singgah sebentar ke Kuala Sepetang @ Port Weld yang terkenal dengan mee udangnya.
Mee Udang Kuala Sepetang terkenal sejak sebelum merdeka lagi.Apabila pihak krew Majalah 3 bertandang ke sana ia makin dikenali ramai, tambahan bila berlaku pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak...maka berduyun-duyunlah orangramai turun ke sana.Rezeki pengusaha-pengusaha mee udang.


No comments:
Post a Comment