Perjuangan Global...Merentasi Sempadan

" Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ” (Al-Baqarah:168).

Monday, December 28, 2009

Seminar Halatuju & Insentif Ta'awun 2010

Terkedu sebentar bila dijemput untuk bersama dengan seluruh PJS-PJS HPA SeMalaysia yang akan bersidang pada 23hb Disember 2009 yang lalu.Program ini cukup penting bagi semua penggerak HPA (PJS-PJS) untuk memahami halatuju syarikat bagi tahun 2010.Cabaran yang menanti adalah bagaimana hendak merealisasi sasaran syarikat iaitu RM20 juta bagi 2010.



Bagi saya, ia tidak mustahil untuk dicapai jika semua penggerak HPA dan Ahli HPA bertungkus lumus berkerjasama di antara satu sama lain.Hadaf sekarang telah jelas RM20 juta..soalnya bagaimana sekarang untuk mencapainya? Ia terletak dibahu semua ahli & pendokong HPA.Harapan Pengarah Urusan kepada semua peserta adalah jelas.Untuk mencapai kejayaan, kerjasama dengan semangat berpasukan bakal membuahkan hasil.Usaha untuk membaiki program syarikat iaitu Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) wajar dilakukan sebagai satu nilai tambah yang memberi kesan mendalam kepada peserta-peserta PBC.



Pemerkasaan semua organisasi di semua peringkat perlu dilakukan agar impian syarikat menjadi kenyataan.Mana yang kurang ditambah, mana yang lompang ditampung agar hasrat dan cita-cita syarikat dapat dicapai.Insentif yang diberikan bagi saya cukup mengujakan sesuai dengan motto "Adil & Sukses" ia mampu dicapai jika semua bersungguh.

Penekanan kepada "Kembali Kepada Fitrah" @ "Back To Basic" oleh PU sudah cukup untuk semua Ahli & Penggerak HPA untuk menjana momentum kekuatan yang bakal melonjak secara eksponential graf pencapaian syarikat..."Produk Halal Tanggungjawab Bersama" ...Ayuh Bangun wahai sahabatku dari tidurmu, jangan biarkan urusan makanan mu diurus oleh orang yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mengambilkira persoalan Halal & Haram

HPA....BOLEH, HPA...BOLEH,BOLEH,BOLEH...GEMPUR RADIX..INSYAALLAH


No comments:

Post a Comment