Perjuangan Global...Merentasi Sempadan

" Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ” (Al-Baqarah:168).

Friday, April 23, 2010

Misi II - Sahabat Network Indonesia bersama HPA

Alhamdulillah pada kali ini, misi yang diatur dalam masa 2 minggu berjaya diadakan di antara Pimpinan Kanan HPA (Malaysia) diwakili oleh Tuan Haji Mohd Faisol merangkap Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Encik Abdul Ghany Saad (GM AWMIT) dan Encik Shamsul Kamal Idris (Wakil Kelab Pemimpin Al-Wahida) bertemu dengan Pimpinan Majelis Ekonomi & Kewirausahaan Muhammadiyah dan Pimpinan Dewan Himpunan Petani Indonesia.Dalam majlis yang serba ringkas ini, ia telah berjaya untuk membentuk usahasama di antara kedua-dua belah pihak.Kehadiran cukup memberangsangkan apabila turut serta bersama untuk membuat liputan adalah dari Sidang Redaksi Suara Muhammadiyah dan Majalah Tabligh.

 

No comments:

Post a Comment