Perjuangan Global...Merentasi Sempadan

" Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ” (Al-Baqarah:168).

Monday, May 24, 2010

Si Kecil Cili Padi

Hujung minggu lepas, jadual harian saya ketat....pagi di Klang, menyertai satu majlis himpunan bersejarah penubuhan DHPP.Sejurus selesai majlis, bergegas ke TTDI untuk bersama dengan Pimpinan KPA dalam program Pra-PBC.Alhamdulillah, program berjalan lancar dengan kehadiran hampir 100 orang di Masjid Al-Ghufran di mana setahu saya satu-satunya masjid yang menyediakan kemudahan penginapan ala-hotel kepada para musafir.Saya dan famili adalah merupakan 'customer' yang akan menginap di sini jika ada urusan di Kuala Lumpur.Sebelah petang bergegas ke UKM menjemput anak yang telah mengikuti Klinik UPSR anjuran Berita Harian.InsyaAllah, didoakan beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSRnya pada tahun ini dan juga bakal menjadi 'Leader' HPA pada masa akan datang. 

Bergambar di hadapan Masjid UKM

No comments:

Post a Comment