"Perjuangan Suci Memperkenalkan Produk Halal Lagi Baik Di Negeri Adat Perpatih"
Perjuangan Global...Merentasi Sempadan
" Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ”(Al-Baqarah:168).
PELANCARAN INDUSTRI HALAL SERKAM (MELAKA HALAL HUB-MHH)
Dilancarkan oleh YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 29 Mac 2010. Diringi oleh Tuan Haji Ismail bin Hj. Ahmad Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd.
Semoga segala usaha dan peluang peluang perniagaan yang diujudkan oleh HPA akan melahirkan Usahawan yang bermatlamatkan perjuangan ke arah Produk Halal Tanggungjawab Bersama.
Cita-cita adalah sesuatu yang sangat mulia dan ia juga dikategorikan sebagai niat. Cita-cita diikuti dengan perjuangan yang bersungguh-sungguh bagi mencapainya berbeza dengan panjang angan-angan yang hanya mimpi kosong tanpa sebarang pergerakan. Bila sesaorang itu ada cita-cita yang besar ia akan mendapat tentangan dari persekitaranya kerana semangat dalam dirinya sudah tidak melihat lagi besarnya rintangan yang akan dilaluinya. Dia perlu memakai pakaian sabar untuk terus mengekalkan cita-citanya kerana proses kejayaan bukan satu hari.Dia juga perlu menyabarkan orang-orang yang bersama-samanya agar kuat berdiri mengharungi badai yang terus menerjah.
Bila cita-cita sudah mula menampakkan hasil kepenatannya juga semakin hilang bagai nakhoda yang mula terpandang kepada daratan.Bagitulah bermulanya kejayaan mereka yang telah memahat sejarah dunia hasil dari sebuah cita-cita. Oleh sebab itu hidup perlukan cita-cita,perjuangan perlukan cita-cita dan kejayaan juga perlukan cita-cita.
Gantunglah cita-citamu di bulan,nanti bintang akan berguguran diribaanmu.
sumber : http://jawiherbshop.blogspot.com/2010/03/memahat-cita-cita.html
Begitulah tajuk utama Edisi Khusus 2010 yang dikeluarkan oleh Majalah Hidayatullah yang menceritakan peripentingnya ummat Islam mengembalikan metode pengobatan Islam yang terbukti pernah mencapai kejayaan yang gilang gemilang sehingga ia menjadi asas rujukan pengobatan moden hari ini. Kandungannya cukup menarik dan penuh dengan pendedahan ilmu Thibbun Nabawi :
1. Konsep Pengobatan Syariah
2.Kedokteran Nabawi
3.Barat Ambil Alih Ilmu Kedokteran
4.Kembali Ke Cara Nabi
5.Para Pendekar Thibbun Nabawi
6.Icon Kedokteran Thibbun Nabawi
7.Pengobatan Lain Yang Dibolehkan
8.Bagus Ibadahnya, Bagus Kesehatannya
Menariknya saya; apabila mendapat naskah edisi khas ini adalah terdapatnya wawancara Sidang Redaksi Hidayatullah Dwi Budiman dengan Tuan Haji Ismail Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA) yang menceritakan perjuangan Tuan Haji dalam usaha mengembalikan Thibbun Nabawi kata beliau "Awalnya menjual jamu di pasar malam dengan sepeda, kini produknya merambah ke berbagai negara".
Berbangga saya mendapat naskah edisi khas kali ini yang dibeli dari Media Da'wah,Jl.Kramat Raya 45, Jakarta 10450 (Penerbit & Distributor Buku Islam).Satu naskah telah saya hadiahkan kepada upline PJM Hafidzan Faudzi sekembalinya saya dari Indonesia.Jika sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya di Malaysia sila hubungi Sahabat Network Malaysia Bapak M.A. Jawahir (017-3350051).
InsyaAllah, kini telah dibuka.Semua Stokis / Ahli HPA dan orang ramai
boleh mendapatkan barangan keluaran HPA di HPA Halal Mart Senawang
(bersebelahan Kedai Cat Jotun)
No 19, Jalan Cempaka 28,
Pusat Perniagaan Cempaka,
70450 Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus
(Pengurus Halal Mart - Encik Amir 017-6268178)
Jl.Kramat Raya, Lt. 1 Senen, Jakarta Pusat 10450 (Kantor lama)
Makluman perpindahan AWMIT ke Kantor Pusat baru
PT.Al Wahida Marketing International
Menara Salemba, Jl.Salemba Raya No.5
Lt.8 Jakarta Pusat 10450
Telp : 021-3984 2950 (Hunting Line)
Penyerahan Formulir Anggota Baru (AB)
HPA Sahabat Network Indonesia kepada Staf HPA AWMIT
oleh Wakil Sahabat Network Malaysia
Wakil Sahabat Network Malaysia bergambar di AWMIT
pada hari Kantor Pusat berpindah ke Menara Salemba, Lantai 8
Penyerahan Formulir AB HPA oleh Pengerusi & Sekretaris
Majelis Ekonomi & Kewirausahaan Pimpinan Pusat Muhammadiyah
Dr Anwar Abbar MM,M.Ag. & Syafruddin Anhar, SE, MM
kepada Wakil Sahabat Network Malaysia
Bergambar kenangan di Pusat Dakwah Muhammadiyah, Jakarta Pusat
Tahniah pada semua yang melibatkan diri dan memberikan komitmen dalam usaha perjuangan ekonomi ummah bersama HPA. Tahniah kerana berjaya menujudkan suatu kesefahaman dalam perjuangan kerana fitrah mengatakan "BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH".
Tahniah kerana kita berjaya menjadikan MLMS HPA lain dari yang lain. Sungguh unik perjuangan kita semua. Tahniah kita telah berjaya keluar dari bulatan budaya MLM sebelum ini yang selama ini tidak pernah sesiapa berfikir. Mana ada MLM sebelum ini ada Mall, Restoren, Ladang Ayam, Hotel dsbnya.
Syukur pada Allah swt mengurniakan pejuang-pejuang pelbagai ilmu dan kehebatan. Ada yang pakar produk,ada pakar motivasi,ada pakar rawat, ada pakar cari RM.
Maka janganlah kita mengkufuri segala niakmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kejayaan HPA membawa maruah ekonomi ummah adalah terletak kepada kita. Perpecahan sama sekali tidak membawa rahmat, malah bala mala petaka akan menimpa kita.
Kalaulah pakar-pakar yang dikurniakan oleh Allah ini bertempur, maka yang akan bertepuk tangan adalah nuuuuunnnn jauh di sana(YAHUDI). Yahudi akan berkata "Wahai kawan-kawan lihat di sana mereka bertengkar mana satu yang dulu Ayam atau Telur. Ayuh mari kita hasut mereka ini supaya bertambah parah." Hmmmm... sedihkan????
Justeru wahai kawan-kawan yang ku sayangi. Hentikan isu antara produk dan RM mana satu yang perlu didahulukan. Kalaulah soalan itu ditanyakan kepada saya, maka saya akan jawab " Perjuangan Harus di dahulukan"
Makan dan minum adalah satu keperluan asas ke-hidupan. Islam menghendaki umatnya menitik-beratkan soal kebersihan dan kesucian dalam aspek pemakanan. Ini kerana soal pemakanan berkait rapat dengan ibadah dan kesihatan. Allah SWT amat menekankan perihal apa yang kita makan kerana ia menentukan kehalusan atau kekasaran budi dan sangat berpengaruh kepada jiwa dan sikap seseorang.
Malah halal adalah prasyarat kepada penerimaan doa. Maknanya Allah tidak akan menerima doa orang yang menyimpan bahan haram dalam tubuhnya termasuklah pakaian yang dipakai dan harta yang dimilikinya. Bagi setiap orang Islam, penerimaan doa oleh Allah SWT sangat penting kerana doa adalah otak kepada segala ibadah. Sekiranya "otak" itu cacat maka ibadat lain turut tercalar.
Bagi orang beriman , doa adalah satu kekuatan yang Tuhan kurniakan khususnya bagi orang yang teraniaya yang mana doanya amat makbul dan diterima Allah. Walaupun terdapat beberapa standard bagi menjamin kebajikan pengguna di Malaysia, masalah ketidakpatuhan terhadap standard ini sentiasa berlaku terutama berkaitan dengan halal tidaknya makanan dan yang paling ketara adalah penyalahgunaan dan pemalsuan logo halal di Malaysia.
Justeru, kita harus berhati-hati kerana dikhuatiri membeli atau terbeli makanan tidak halal walaupun ada dipamerkan label logo halal. Masyarakat hendaklah cermat dan berwaspada dalam menentukan kehalalan makanan itu sendiri. Sekadar mempunyai sijil halal saja belum mencukupi kerana pada ketika ini ada peniaga terutama bukan Islam gemar menipu sijil halal.
Kita tidak boleh mengharapkan penguatkuasaan semata-mata kerana perlaksanaannya sangat rumit ditambah dengan tabiat sesetengah peniaga gemar meraih keuntungan tanpa memikirkan kepentingan pengguna Islam. Apa yang jelas, kalau kita ragu-ragu atau was-was, jangan membeli produk berkenaan.
Persoalan yang timbul, mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah disebabkan sistem atau polisi yang sukar dan berbelit-belit menyebabkan perkara ini terjadi atau sikap masyarakat yang jahil tentang kepentingan penggunaan logo halal dan standard halal serta keselamatan makanan? Mungkinkah ada unsur 'suapan' dalam pemberiaan logo berkenaan?
Apa yang pasti, setiap pengguna mahukan sesuatu produk yang selamat dan tiada kemudharatan. Bagi umat Islam, garis panduan mestilah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang juga boleh diimplimentasikan dalam kehidupan setiap pengguna hari ini. Harus diingat, pemakanan yang halal, menyihatkan dan seimbang dari segi kualiti dan kuantiti mampu melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat selain cemerlang dari segi akhlak, syakhsiah, berperibadi mulia dan bertamadun mengikut acuan Islam.