Perjuangan Global...Merentasi Sempadan

" Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ” (Al-Baqarah:168).

Tuesday, September 28, 2010

GEMPUR UBAT GIGI MISWAK


UBAT GIGI BERTOKSIK

Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).

Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai "sodium monofluorophosphate (smlp) atau "sodium fluoride" dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya.
Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan cap ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik? Untuk mengetahuinya, per-hatikan gambar-gambar yang berikut.Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).

Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai "sodium monofluorophosphate (smlp) atau "sodium fluoride" dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya.
Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan cap ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik? Untuk mengetahuinya, per-hatikan gambar-gambar yang berikut.













APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.



MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.



MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.



KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.


PENYELIDIKAN AWAM

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

Misi Sahabat Network Ke Filipina







Saturday, September 25, 2010

Testimoni Perjuangan


TOYYIBAH : SESEDAP NAMAMU !

TUESDAY, JUNE 2, 2009   Sumber :  



Cerita ini tentang Dia. Dia yang telah lama saya nantikan kehadirannya. Mungkin kemunculannya hanya biasa – biasa saja pada sesetengah orang , tapi tidak bagi saya. Dia istimewa. Saya tertanya –tanya, bagaimana agaknya rupa dan penampilannya.

Cuma apa yang saya pasti , dia semestinya manis.

Saya tak dapat berbohong bahawa saya memang sukakan ‘spesis – spesis ’ dia. Sehingga hari ini saya masih belajar menahan diri untuk berpada – pada dari menyukai mereka. Saya cuma suka, tidaklah sampai jatuh cinta.

Dalam sabar saya menanti.

Dia muncul juga akhirnya dan saya mengucapkan syukur kepada Allah ! Pada saya, kemunculan dia adalah anugerah buat umat Islam.
Dialah toyyibah ! 

Toyyibah bukanlah seseorang... Dia adalah sejenis ice – cream yang lazat. ;)
Toyyibah - sesedap namamu...

Saya teruja kerana toyyibah dihasilkan dan dikilangkan di syarikat milik muslim 100 % ( HPA industries) Bertambah teruja bilamana saya mengetahui pekerja – pekerja di kilang HPA akan memastikan mereka dalam keadaan wudhu dan solat sunat dhuha terlebih dahulu sebelum memulakan kerja masing - masing. Pekerja -pekerja di situ juga diprogramkan dengan halaqah ilmu dan tadarus al –quran. Hebat tak orang – orang yang buat ice – cream kegemaran saya ni ?


Staff - staff HPA dalam halaqah ilmu. Bersatu menuju kebangkitan.

Pengeluar & Pengguna. 
Setelah sekian lama, kita hanya mampu menjadi pengguna dan bukannya pengeluar. Apabila kita hanya mampu ‘mengekalkan’ status sebagai pengguna, maka disitulah kita akan diperguna. Buktinya, cubalah kalian lihat kepada sesetengah logo makanan halal dipasaran yang sebenarnya tidak halal !

Wahai umat Islam, sedarkah kita sebenarnya sedang dipermainkan ? 


Pemakanan dan bahan – bahan asas yang kita gunakan sehari – hari terlalu mudah dikaitkan dengan percampuran unsur babi ( seperti dilaporkan di akhbar ) bermuladari ayam, mee, bihun, sosej , biskut, roti, sabun, ubat gigi dan sebagainya ( terlalu banyak untuk disenaraikan )

Mereka mentertawakan maruah kita dengan mengganggap umat Islam tidak mampu berdiri dengan sendiri . Mereka menafikan kebolehan umat Islam dengan menanam doktrin ‘ Umat Islam tidak mampu untuk mencipta walaupun sebatang jarum. ‘

Lebih parah andai sumber makanan umat Islam dikuasai oleh ‘musuh – musuh’ mereka sendiri. Oleh itu tidak hairanlah jika musuh – musuh ini berusaha ‘meracuni ’ pemakanan umat Islam dengan mencampur adukkannya dengan benda –benda yang haram. Inilah bahananya apabila kita masih berada di zon selesa menjadi pengguna.

Saya masih ingat ketika kelas ‘ Etika dan Fiqh dalam kehidupan seharian’ minggu lepas,Ustaz Latif ada mengatakan – Kita tak punya teknologi canggih dan moden seperti mereka, mungkin yang tinggal pada kita hanyalah doa, dan musuh-musuh Islam sedar bahawa kekuatan dan senjata umat Islam adalah pada doa mereka. Jadi, untuk memastikan doa umat Islam tidak dimakbulkan ( nauzubillah.. ) Maka, mereka memulakan strategi mengganggu gugat apa yang dimakan oleh umat Islam. 

Sungguh sayang andai kita berhempas pulas mengkader generasi pejuang Islam, merekrut pelapis jundullah, tapi kita lupa untuk menghalusi apa yang menjadi makanan mereka. Bukankah hati yang baik itu ditempa oleh makanan yang baik pula ?

Apa & kenapa HPA ?
HPA – merupakan Hadiah Pemberian Allah buat umat Islam. Sungguh, ia adalah bukti bahawa kita adalah umat yang terbaik sekaligus menyangkal dakwaan puak kuffar. HPA membuktikan, kita mampu membina jaringan usahawan Muslim dan melahirkan produk – produk kita sendiri yang mana terjamin kesucian dan kehalalannya InsyaAllah.Kita punya asset sendiri seperti kilang, ladang, bahan mentah, hotel, restauran, panel syariah, pekerja muslim yang komited dan terlalu besar dari semuanya, Kita punya Allah. 


Mungkin ramai yang masih belum tahu, HPA kini telah melangkah jauh ke hadapan dengan 1001 produk halal, bermula dengan ubat – ubatan herba sehinggalah kepada barang yang kita gunakan sehari – hari dan HPA kini sedang berusaha gigih untuk mewujudkan shopping complex sendiri, InsyaAllah, yang mana kita harapkan kekayaan umat Islam akan menjana dan menguntungkan ekonomi umat Islam itu sendiri. Sudah sekian lama rasanya, kita sibuk memperkayakan musuh ( Yahudi ) dengan kebergantungan kepada produk – produk mereka. Sudah – sudahlah... Bagi yang belum mengenali HPA, jom kita lihat galeri di bawah. Tak kenal maka tak cinta kan..
GALERI HPA.

Radix fried Chicken (RFC) di Alor Star. Tak jauh dah ni dari rumah ku.. :) Cuba tengok betul -betul gambar ni, ramai kan orang ? 
RFC akan dibuka di seluruh Malaysia..

Bagi yang tak pernah masuk, ni la rupe dalamnye. 
Di antara menu...

Sedapnyee..ni yang tak sabar nak balik alor staq ni.. :) 
Restaurant organic recipe ( ROR ) Sape nak makan Nasi ayam organik di sini lah.. 
(Ayam yang di bela sendiri oleh HPA) 
Ini pulak HPA collection. Macam - macam ada... 
Homestay pun ada ? Masya Allah. 


Disebabkan rakyat Malaysia ni suka makan, ni satu lagi restaurant Radix oriental Cuisine ( ROC ) yang berkonsepkan makanan cina. Belum sampai lagi disini.. ada orang nak bawa ? :) 
HPA Ilham holidays menyediakan pakej umrah dan pelancongan. 

Sape malas basuh baju ? Boleh hantar di Toharah Dobi HPA 

Ni pula Jawi herb shop yang menyediakan khidmat perawatan.klinik HPA.. 
Hotel Salahuddin al ayubi yang bakal gah berdiri di bumi Kelantan 

Bergerak sebagai satu umat. Muslim boleh ! 
HPA juga telah menubuhkan koperasi sendiri. Subhanallah..

kosmetik pun ada tau.. 
Kopi radix..dengan temanya... mai secawan ! 
Diantara produk - produk HPA di pasaran 


Majulah usahawan Muslim! 


Pengarah urusan HPA, Tn Hj Ismail bersama isteri 
Pengarah urusan ( tengah)- RFC bakal diperluaskan di Bumi Makkah.. InsyaAllah 

Tuan Haji ketika menerima Anugerah Perdana Menteri

Gambar di sekitar pelancaran MLM syariah - HPA 
Para ibu di sekitar majlis
Gelombang kebangkitan. 
Diantara program untuk ahli.. Islah nafsak wad'u ghairak 

Mujahidahku... Syurgaku ( ibu - 2 dari kiri) yg membantu menjadi tenaga penggerak dalam sebuah program HPA


Masih terngiang – ngiang di telinga saya, sebuah nasyid yang sarat sebuah pengertian ketika saya menghadiri program bijak cemerlang ( PBC ) bersama HPAtidak lama dulu. Sebuah mesej bahawa umat Islam adalah umat yang terpilih. Yakinlah bahawa Allah tidak akan pernah meninggalkan kita. Nak bernasyid dengan lagu tema HPA ?


Umat Islam harus cemerlang

Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa

Siapa kata kita tidak boleh ?

Kita ada Allah Maha Kuasa

Kita punya kuasa tenaga

Doa sebagai senjata

Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau

Taat perintah Rasulullah

Bersama berusaha

Bersatu tuju wawasan

Dunia & Akhirat

Wawasan Dunia & Akhirat

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu

Wawasan agama

Bekalan masa depan & Akhirat

Kuat usaha jujur & Amanah

Sentiasa mengharap keredhaan Allah

Aqidah ibadah harus sempurna

Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan 
Ulama warisan anbiya’.


Jika kalian masih belum menjadi ahli HPA. Apa tunggu lagi ? perjuangan ini adalah perjuangan kita bersama. Menyokong dan menyebar luaskan produk halal juga adalah tanggungjawab dan perjuangan yang perlu kita galas. Andai kita merasa cukup dengan apa yang ada, (dengan bergantung kepada produk milik non muslim yang terlalu banyak dan berlambak di pasaran ) Ingatlah kepada generasi di belakang kita. Janganlah dipandang remeh perjuangan ini, kerana pembentukan generasi soleh yang kita harapkan berada di soff hadapan mendaulatkan panji - panji tauhid tidak dapat dinafikan sememangnya bermula dari tarbiyah dan tidak dilupa , aspek pemakanan yang membentuk darah daging mereka.Tentunya kita lebih yakin dengan kesucian produk kita ( produk Muslim ) yang lebih soheh dari mana sumbernya,cara pengilangannya,bahan mentah dan sebagainya. 


Ini adalah permulaan kepada kebangkitan dan kitalah mata - mata rantai yang akan bergerak meneruskan kesinambungan orang - orang terlebih dahulu dari kita. Takbir ! Allahuakbar :)



Bagi yang ingin melihat senarai produk, diantaranya di sini 
(http://hpa.com.my/produk-hpa/)


Majulah HPA dalam redha Allah. 

‘ Support Muslim products ’.