Perjuangan Global...Merentasi Sempadan

" Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ” (Al-Baqarah:168).

Friday, September 24, 2010

Misi Bantuan Sahabat Network Ke Kemboja (Ramadhan 1431H)

Penyerahan peralatan ibadah yang diinfakkan oleh orang ramai

Mai secawan (Kopi Radix) yang dibeli di Phnom Penh

Muslimat Kemboja juga tidak ketinggalan,mempromosi Kopi Radix "Mai Secawan"

Penyerahan Barangan HPA kepada Wakil Sahabat Network Kemboja Ust Abdul Rahman 
(Presiden Kuliah Dhuha, Kemboja)

Sekolah Pengajian Kuliah Dhuha yang masih dalam pembinaan 
(masih memerlukan sumbangan / derma orang ramai bagi menyiapkannya)

Kanak-Kanak Kemboja yang mengikuti Kuliah Dhuha



Sumbangan Lembu & Kambing hasil sumbangan orang ramai untuk majlis berbuka di Kemboja


Bersiap sedia untuk majlis berbuka puasa

Kicap HPA juga diperkenalkan di sana (difahamkan sebanyak 10,000
 botol kicap diperlukan untuk kegunaan penduduk setempat)

Sumbangan wang juga diberikan kepada kanak-kanak

Ketahui Rahsia Bebola Ikan Sedap...Selamat Membaca


KAJIAN Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke atas 12 sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dalam bebola ikan yang diambil daripada beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dalam produk berkenaan.
Kajian awal yang dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yang dicampurkan di dalam ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal dan gebu.
Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi USIM, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dengan protein yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.
Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh daripada plasma darah ternakan seperti ayam, lembu dan babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah haram.
“Kajian yang dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif daripada bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya.
“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yang lebih cepat dari segi dapatan kajian dan lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa, baru-baru ini.
Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.
Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan untuk meningkatkan dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dalam surimi. Plasma adalah bahagian cecair yang tidak berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.
Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu daripada pasar raya di Putrajaya dan Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.
Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yang dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.
Katanya, berdasarkan pemerhatiannya dan maklumat dan pengetahuan, seseorang boleh tahu dan mencurigai sesuatu makanan atau minuman yang dibeli itu halal atau sebaliknya.
Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yang dilihat cantik, sempurna dan berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.
“Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan halal.
“Malah, dalam hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya,” katanya.
Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dalam makanan juga sudah banyak disebarkan di dalam jurnal oleh pakar saintis yang sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dalam beberapa produk makanan.
Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dalam produk berkaitan di negara ini.
Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.
Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji dan Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman dan farmaseutikal
http://lajpas.files.wordpress.com/2010/01/frozen_fishball.jpg

Semua dijemput hadir

Friday, September 17, 2010

HPA DI ASTRO AWANI



Siaran Bisnes Awani Plus

Jadual ke udara:

Sabtu – 18hb Sept 2010 : 6.31 Petang

Ahad – 19hb Sept 2010 : 3.31 Pagi dan 11.31 Pagi

Isnin – 20hb Sept 2010 : 12.00 Malam dan 6.31 Pagi

Friday, September 10, 2010

Salam Eid Mubarak 1431H


Salam Eid Mubarak 1431H dengan ucapan Minal Aidil Wa Faa Izin kepada semua Pejuang-pejuang "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Saturday, September 4, 2010

HPAic : Untukmu Ummah

Warga HPA Malaysia, Indonesia, Cambodia, Brunei, Thailand, Singapore dan Filipina.
Majlis Pelancaran sepintas lalu adalah seperti berikut :

Tarikh: 2hb Oct 2010 (Sabtu)
0800 – 1130H Perasmian bersama Pengarah Urusan dan PJS
1430 – 1700H Seminar khas Chlorophyl, Minuman Talbinah, MLMS dan Jelly Gamat

HPA International Centre (HPAic), Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam