Showing posts with label Pejuangan. Show all posts
Showing posts with label Pejuangan. Show all posts
Monday, June 6, 2011
Monday, March 28, 2011
Thursday, January 13, 2011
Wednesday, December 29, 2010
Elite's Team Malaysia
PJS Hj. Rosmandi, PJ Ismahali dan PJ Shamsul Kamal akan menyertai
Prog. Elite Team HPA Indonesia di Bogor dan Jakarta. Tahniah !
Hidup Berjuang!
Thursday, November 11, 2010
Memahat cita-cita - Pengarah Urusan
Cita-cita adalah sesuatu yang sangat mulia dan ia juga dikategorikan sebagai niat. Cita-cita diikuti dengan perjuangan yang bersungguh-sungguh bagi mencapainya berbeza dengan panjang angan-angan yang hanya mimpi kosong tanpa sebarang pergerakan. Bila sesaorang itu ada cita-cita yang besar ia akan mendapat tentangan dari persekitaranya kerana semangat dalam dirinya sudah tidak melihat lagi besarnya rintangan yang akan dilaluinya. Dia perlu memakai pakaian sabar untuk terus mengekalkan cita-citanya kerana proses kejayaan bukan satu hari.
Dia juga perlu menyabarkan orang-orang yang bersama-samanya agar kuat berdiri mengharungi badai yang terus menerjah. Bila cita-cita sudah mula menampakkan hasil kepenatannya juga semakin hilang bagai nakhoda yang mula terpandang kepada daratan.Bagitulah bermulanya kejayaan mereka yang telah memahat sejarah dunia hasil dari sebuah cita-cita. Oleh sebab itu hidup perlukan cita-cita,perjuangan perlukan cita-cita dan kejayaan juga perlukan cita-cita.Gantunglah cita-citamu di bulan,nanti bintang akan berguguran diribaanmu
Monday, November 1, 2010
TAUJIHAD DARI PRESIDEN KPA (PENGERUSI GROUP SAHABAT NETWORK)
SELAMAT BERJUANG !

Selamat Berjuang !
Salam perjuangan buat semua ahli HPA... khususnya Sahabat Network. Setelah jauh kita menyusuri perjalanan ini, Allah masih berikan kita kekuatan. Kita tetap teguh mendokongi amanah ini.
Namun, antara kita dikatakan kepenatan, ada yang keciciran dan... ada yang mencemuh perjuangan murni ini. Kembalikan niat suci kita... bangunkan aqidah ! bangunkan muamalat Islam, bangunkan ekonomi ummah, bangunkan kesedaran tentang halal dan baik.
Musuh kita berada di luar... dan di dalam jamaah ini. Berwaspadalah. Jangan tertipu dengan tusukan jarum halus yang akhirnya perjuangan ini di pandang sinis dari mereka yang tiada ikhlas.
Sahabat-sahabat sekalian,
Bina kekuatan, bina semangat, luruskan niat dan atur langkah untuk bergerak kukuh. InsyaAllah, puncak kejayaan yang hakiki sedang menanti. Amin.
Hafidzan
Salam perjuangan buat semua ahli HPA... khususnya Sahabat Network. Setelah jauh kita menyusuri perjalanan ini, Allah masih berikan kita kekuatan. Kita tetap teguh mendokongi amanah ini.
Namun, antara kita dikatakan kepenatan, ada yang keciciran dan... ada yang mencemuh perjuangan murni ini. Kembalikan niat suci kita... bangunkan aqidah ! bangunkan muamalat Islam, bangunkan ekonomi ummah, bangunkan kesedaran tentang halal dan baik.
Musuh kita berada di luar... dan di dalam jamaah ini. Berwaspadalah. Jangan tertipu dengan tusukan jarum halus yang akhirnya perjuangan ini di pandang sinis dari mereka yang tiada ikhlas.
Sahabat-sahabat sekalian,
Bina kekuatan, bina semangat, luruskan niat dan atur langkah untuk bergerak kukuh. InsyaAllah, puncak kejayaan yang hakiki sedang menanti. Amin.
Hafidzan
Tuesday, October 26, 2010
Tuesday, October 19, 2010
20 Alasan Kami Bergabung di HPA
1. Sebuah usaha milik orang islam.
2. HPA menggunakan herba-herba yang berkhasiat tinggi
3. Tidak menimbulkan efek samping, dan bisa dikonsumsi untuk anak - anak.
4. Dijamin Halal, Suci Dan Baik.
5. Produk HPA sudah teruji dan diakui khasiatnya.
6. Produk HPA selalu diawasi untuk segi kualitas dan mutunya.
7. Terjangkau oleh seluruh lapisan masyarakat.
8. Mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Negara (BPFK) Malaysia.
9. Produk HPA bebas dari steroid, racun, alkohol, atau kimia lainya.
10. Produk HPA tidak mengandung logam berat dan mikroba jahat.
11. Memperkenalkan konsep Perubatan Jawi.
12. Pendekatan yang digunakan bersumber Illahiah dan alamiah.
13. Memiliki sebuah institusi "Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi"
14. Disamping produk herbal, HPA juga memperkenalkan kaidah terapi penyakit seperti bekam, kiropraksi, akupunktur, dsb.
15. HPA juga mengajarkan berbagai diagnosa penyakit seperti iridologi, denyut nadi, lidah, telapak tangan, dsb.
16. Berkonsepkan "Biarkan makanan menjadi obat dan biarkan obat menjadi makananmu"
17. Menggunakan herba dalam bentuk sinergi.
18. Dikelola oleh tenaga ahli yang profesional.
19. Memiliki pabrik di Indonesia.
20. Mampu bersaing keperingkat antara bangsa.
"Sekiranya mereka tahu khasiat herba herba kita niscaya mereka sanggup menukarkannya meskipun dengan ketulan-ketulan emas" Tn.H.Ismail Bin Haji Ahmad
Wednesday, October 6, 2010
HPA Halal Mart Senawang
HEBAHAN KELAS MINGGUAN
MASA : 8:30 MALAM
TARIKH :8 - OKT -2010
MOTIVATOR : PJS ZAMRI IBRAHIM
(BRICKFIELD, KL)
TAJUK :
" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
TEMPAT : HPA HALAL MART SENAWANG
SEMUA PJS / PEMIMPIN /AHLI-AHLI HPA SETEMPAT
DIJEMPUT HADIR BERSAMA BAGI MEMERIAHKAN PERJUMPAAN INI.
AYUH...TERUSKAN PERJUANGAN
Tuesday, September 28, 2010
Saturday, September 25, 2010
Testimoni Perjuangan
TOYYIBAH : SESEDAP NAMAMU !
TUESDAY, JUNE 2, 2009 Sumber :
Cerita ini tentang Dia. Dia yang telah lama saya nantikan kehadirannya. Mungkin kemunculannya hanya biasa – biasa saja pada sesetengah orang , tapi tidak bagi saya. Dia istimewa. Saya tertanya –tanya, bagaimana agaknya rupa dan penampilannya.
Cuma apa yang saya pasti , dia semestinya manis.
Saya tak dapat berbohong bahawa saya memang sukakan ‘spesis – spesis ’ dia. Sehingga hari ini saya masih belajar menahan diri untuk berpada – pada dari menyukai mereka. Saya cuma suka, tidaklah sampai jatuh cinta.
Dalam sabar saya menanti.
Dia muncul juga akhirnya dan saya mengucapkan syukur kepada Allah ! Pada saya, kemunculan dia adalah anugerah buat umat Islam.
Dialah toyyibah !
Toyyibah bukanlah seseorang... Dia adalah sejenis ice – cream yang lazat. ;)
Toyyibah - sesedap namamu...
Saya teruja kerana toyyibah dihasilkan dan dikilangkan di syarikat milik muslim 100 % ( HPA industries) Bertambah teruja bilamana saya mengetahui pekerja – pekerja di kilang HPA akan memastikan mereka dalam keadaan wudhu dan solat sunat dhuha terlebih dahulu sebelum memulakan kerja masing - masing. Pekerja -pekerja di situ juga diprogramkan dengan halaqah ilmu dan tadarus al –quran. Hebat tak orang – orang yang buat ice – cream kegemaran saya ni ?
Staff - staff HPA dalam halaqah ilmu. Bersatu menuju kebangkitan.
Pengeluar & Pengguna.
Setelah sekian lama, kita hanya mampu menjadi pengguna dan bukannya pengeluar. Apabila kita hanya mampu ‘mengekalkan’ status sebagai pengguna, maka disitulah kita akan diperguna. Buktinya, cubalah kalian lihat kepada sesetengah logo makanan halal dipasaran yang sebenarnya tidak halal !
Wahai umat Islam, sedarkah kita sebenarnya sedang dipermainkan ?
Pemakanan dan bahan – bahan asas yang kita gunakan sehari – hari terlalu mudah dikaitkan dengan percampuran unsur babi ( seperti dilaporkan di akhbar ) bermuladari ayam, mee, bihun, sosej , biskut, roti, sabun, ubat gigi dan sebagainya ( terlalu banyak untuk disenaraikan )
Mereka mentertawakan maruah kita dengan mengganggap umat Islam tidak mampu berdiri dengan sendiri . Mereka menafikan kebolehan umat Islam dengan menanam doktrin ‘ Umat Islam tidak mampu untuk mencipta walaupun sebatang jarum. ‘
Lebih parah andai sumber makanan umat Islam dikuasai oleh ‘musuh – musuh’ mereka sendiri. Oleh itu tidak hairanlah jika musuh – musuh ini berusaha ‘meracuni ’ pemakanan umat Islam dengan mencampur adukkannya dengan benda –benda yang haram. Inilah bahananya apabila kita masih berada di zon selesa menjadi pengguna.
Saya masih ingat ketika kelas ‘ Etika dan Fiqh dalam kehidupan seharian’ minggu lepas,Ustaz Latif ada mengatakan – Kita tak punya teknologi canggih dan moden seperti mereka, mungkin yang tinggal pada kita hanyalah doa, dan musuh-musuh Islam sedar bahawa kekuatan dan senjata umat Islam adalah pada doa mereka. Jadi, untuk memastikan doa umat Islam tidak dimakbulkan ( nauzubillah.. ) Maka, mereka memulakan strategi mengganggu gugat apa yang dimakan oleh umat Islam.
Sungguh sayang andai kita berhempas pulas mengkader generasi pejuang Islam, merekrut pelapis jundullah, tapi kita lupa untuk menghalusi apa yang menjadi makanan mereka. Bukankah hati yang baik itu ditempa oleh makanan yang baik pula ?
Apa & kenapa HPA ?
HPA – merupakan Hadiah Pemberian Allah buat umat Islam. Sungguh, ia adalah bukti bahawa kita adalah umat yang terbaik sekaligus menyangkal dakwaan puak kuffar. HPA membuktikan, kita mampu membina jaringan usahawan Muslim dan melahirkan produk – produk kita sendiri yang mana terjamin kesucian dan kehalalannya InsyaAllah.Kita punya asset sendiri seperti kilang, ladang, bahan mentah, hotel, restauran, panel syariah, pekerja muslim yang komited dan terlalu besar dari semuanya, Kita punya Allah.


Mungkin ramai yang masih belum tahu, HPA kini telah melangkah jauh ke hadapan dengan 1001 produk halal, bermula dengan ubat – ubatan herba sehinggalah kepada barang yang kita gunakan sehari – hari dan HPA kini sedang berusaha gigih untuk mewujudkan shopping complex sendiri, InsyaAllah, yang mana kita harapkan kekayaan umat Islam akan menjana dan menguntungkan ekonomi umat Islam itu sendiri. Sudah sekian lama rasanya, kita sibuk memperkayakan musuh ( Yahudi ) dengan kebergantungan kepada produk – produk mereka. Sudah – sudahlah... Bagi yang belum mengenali HPA, jom kita lihat galeri di bawah. Tak kenal maka tak cinta kan..
GALERI HPA.
Radix fried Chicken (RFC) di Alor Star. Tak jauh dah ni dari rumah ku.. :) Cuba tengok betul -betul gambar ni, ramai kan orang ?
RFC akan dibuka di seluruh Malaysia..

Bagi yang tak pernah masuk, ni la rupe dalamnye.
Di antara menu...
Sedapnyee..ni yang tak sabar nak balik alor staq ni.. :)
Restaurant organic recipe ( ROR ) Sape nak makan Nasi ayam organik di sini lah..
(Ayam yang di bela sendiri oleh HPA)
(Ayam yang di bela sendiri oleh HPA)

Ini pulak HPA collection. Macam - macam ada...
Homestay pun ada ? Masya Allah.
Disebabkan rakyat Malaysia ni suka makan, ni satu lagi restaurant Radix oriental Cuisine ( ROC ) yang berkonsepkan makanan cina. Belum sampai lagi disini.. ada orang nak bawa ? :)
HPA Ilham holidays menyediakan pakej umrah dan pelancongan.
Sape malas basuh baju ? Boleh hantar di Toharah Dobi HPA
Ni pula Jawi herb shop yang menyediakan khidmat perawatan.klinik HPA..
Hotel Salahuddin al ayubi yang bakal gah berdiri di bumi Kelantan
Bergerak sebagai satu umat. Muslim boleh !
HPA juga telah menubuhkan koperasi sendiri. Subhanallah..

kosmetik pun ada tau..
Kopi radix..dengan temanya... mai secawan !
Majulah usahawan Muslim!

Pengarah urusan HPA, Tn Hj Ismail bersama isteri
Pengarah urusan ( tengah)- RFC bakal diperluaskan di Bumi Makkah.. InsyaAllah

Tuan Haji ketika menerima Anugerah Perdana Menteri

Gambar di sekitar pelancaran MLM syariah - HPA
Para ibu di sekitar majlis
Gelombang kebangkitan.
Diantara program untuk ahli.. Islah nafsak wad'u ghairak

Mujahidahku... Syurgaku ( ibu - 2 dari kiri) yg membantu menjadi tenaga penggerak dalam sebuah program HPA
Masih terngiang – ngiang di telinga saya, sebuah nasyid yang sarat sebuah pengertian ketika saya menghadiri program bijak cemerlang ( PBC ) bersama HPAtidak lama dulu. Sebuah mesej bahawa umat Islam adalah umat yang terpilih. Yakinlah bahawa Allah tidak akan pernah meninggalkan kita. Nak bernasyid dengan lagu tema HPA ?
Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh ?
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia & Akhirat
Wawasan Dunia & Akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama
Bekalan masa depan & Akhirat
Kuat usaha jujur & Amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah
Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitanUlama warisan anbiya’.
Jika kalian masih belum menjadi ahli HPA. Apa tunggu lagi ? perjuangan ini adalah perjuangan kita bersama. Menyokong dan menyebar luaskan produk halal juga adalah tanggungjawab dan perjuangan yang perlu kita galas. Andai kita merasa cukup dengan apa yang ada, (dengan bergantung kepada produk milik non muslim yang terlalu banyak dan berlambak di pasaran ) Ingatlah kepada generasi di belakang kita. Janganlah dipandang remeh perjuangan ini, kerana pembentukan generasi soleh yang kita harapkan berada di soff hadapan mendaulatkan panji - panji tauhid tidak dapat dinafikan sememangnya bermula dari tarbiyah dan tidak dilupa , aspek pemakanan yang membentuk darah daging mereka.Tentunya kita lebih yakin dengan kesucian produk kita ( produk Muslim ) yang lebih soheh dari mana sumbernya,cara pengilangannya,bahan mentah dan sebagainya.
Ini adalah permulaan kepada kebangkitan dan kitalah mata - mata rantai yang akan bergerak meneruskan kesinambungan orang - orang terlebih dahulu dari kita. Takbir ! Allahuakbar :)
(http://hpa.com.my/produk-hpa/)
Majulah HPA dalam redha Allah.
‘ Support Muslim products ’.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























