Perjuangan Global...Merentasi Sempadan

" Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ” (Al-Baqarah:168).

Wednesday, March 31, 2010

Cita-Cita Menjadi Kenyataan

PELANCARAN INDUSTRI HALAL SERKAM (MELAKA HALAL HUB-MHH)

Dilancarkan oleh YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 29 Mac 2010. Diringi oleh Tuan Haji Ismail bin Hj. Ahmad Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd.





Semoga segala usaha dan peluang peluang perniagaan yang diujudkan oleh HPA akan melahirkan Usahawan yang bermatlamatkan perjuangan ke arah Produk Halal Tanggungjawab Bersama.


Sumber : http://crcradix.blogspot.com

Monday, March 29, 2010

Memahat Cita-Cita



Cita-cita adalah sesuatu yang sangat mulia dan ia juga dikategorikan sebagai niat. Cita-cita diikuti dengan perjuangan yang bersungguh-sungguh bagi mencapainya berbeza dengan panjang angan-angan yang hanya mimpi kosong tanpa sebarang pergerakan. Bila sesaorang itu ada cita-cita yang besar ia akan mendapat tentangan dari persekitaranya kerana semangat dalam dirinya sudah tidak melihat lagi besarnya rintangan yang akan dilaluinya. Dia perlu memakai pakaian sabar untuk terus mengekalkan cita-citanya kerana proses kejayaan bukan satu hari.Dia juga perlu menyabarkan orang-orang yang bersama-samanya agar kuat berdiri mengharungi badai yang terus menerjah.

Bila cita-cita sudah mula menampakkan hasil kepenatannya juga semakin hilang bagai nakhoda yang mula terpandang kepada daratan.Bagitulah bermulanya kejayaan mereka yang telah memahat sejarah dunia hasil dari sebuah cita-cita. Oleh sebab itu hidup perlukan cita-cita,perjuangan perlukan cita-cita dan kejayaan juga perlukan cita-cita.

Gantunglah cita-citamu di bulan,nanti bintang akan berguguran diribaanmu.

sumber : http://jawiherbshop.blogspot.com/2010/03/memahat-cita-cita.html

Saturday, March 27, 2010

HPA Cambodia - Tahniah

Tahniah, semoga usaha untuk mengembleng kekuatan ekonomi umat Islam di sana beroleh keberkatan dan kejayaan dari Allah SWT.Gempur RADIX InsyaAllah.

Wednesday, March 24, 2010

GEMPUR - InsyaAllah usaha yang bersungguh akan menjadi realiti

Mujarabnya Thibbun Nabawi - Hidayatullah (Edisi Khusus 2010)

Begitulah tajuk utama Edisi Khusus 2010 yang dikeluarkan oleh Majalah Hidayatullah yang menceritakan peripentingnya ummat Islam mengembalikan metode pengobatan Islam yang terbukti pernah mencapai kejayaan yang gilang gemilang sehingga ia menjadi asas rujukan pengobatan moden hari ini. Kandungannya cukup menarik dan penuh dengan pendedahan ilmu Thibbun Nabawi :

1. Konsep Pengobatan Syariah
2.Kedokteran Nabawi
3.Barat Ambil Alih Ilmu Kedokteran
4.Kembali Ke Cara Nabi
5.Para Pendekar Thibbun Nabawi
6.Icon Kedokteran Thibbun Nabawi
7.Pengobatan Lain Yang Dibolehkan
8.Bagus Ibadahnya, Bagus Kesehatannya

Menariknya saya; apabila mendapat naskah edisi khas ini adalah terdapatnya wawancara Sidang Redaksi Hidayatullah Dwi Budiman dengan Tuan Haji Ismail Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA) yang menceritakan perjuangan Tuan Haji dalam usaha mengembalikan Thibbun Nabawi kata beliau "Awalnya menjual jamu di pasar malam dengan sepeda, kini produknya merambah ke berbagai negara".

Berbangga saya mendapat naskah edisi khas kali ini yang dibeli dari Media Da'wah,Jl.Kramat Raya 45, Jakarta 10450 (Penerbit & Distributor Buku Islam).Satu naskah telah saya hadiahkan kepada upline PJM Hafidzan Faudzi sekembalinya saya dari Indonesia.Jika sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya di Malaysia sila hubungi Sahabat Network Malaysia Bapak M.A. Jawahir (017-3350051).

Tahniah HPA - Pembukaan HPA Halal Mart Senawang

InsyaAllah, kini telah dibuka.Semua Stokis / Ahli HPA dan orang ramai 
boleh mendapatkan barangan keluaran HPA di

HPA Halal Mart Senawang 
(bersebelahan Kedai Cat Jotun)
No 19, Jalan Cempaka 28,
Pusat Perniagaan Cempaka,
70450 Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus
(Pengurus Halal Mart - Encik Amir 017-6268178)

Thursday, March 18, 2010

HPA Raihan - Sempena Perasmian Halal Hub Melaka

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN 
PRODUK MELAKA HALAL HUB 
DAN KONSERT HPA RAIHAN


Assalamualaikum..

Makluman dan hebahan

Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub dan konsert Nasyid Raihan  

Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Melaka Halal Hub, Serkam dan Dewan Bistari, Ayer Keroh.
Masa : 10.00 Pagi dan 8.00 Malam.
Tetamu Kehormat :

  1. YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin


  2. YB Ar. Hj. Ismail bin Othman


  3. YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah


  4. YB Datuk Hj Dhazale bin Mohamad


  5. Tn. Hj. Ismail bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA)


Semoga kedatangan anda dapat mengimarahkan lagi majlis tersebut dan menyokong perkembangan kita.